|
|
|
|
EdSuatu
Ringkasan Kepercayaan dan Amalan jutaan umat di seluruh dunia yang Menganuti
Agama Hindu Saiva
dan Menyembah Tuhan Siva sebagai Tuhan Yang Maha Agung
|
Ed
itRegio
n4 |
|
Ed
1. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa Siva ialah Tuhan, Keadaan MutlakNya, Parasiva,
melampaui masa, rupa dan ruang. Pendeta seolah-olah berkata,
"Tuhan ini pun bukan, itu pun bukan." Maka, begitulah
sifat Tuhan Siva yang sukar difahami. Aum.
|
2. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa Siva ialah Tuhan, sifatNya yang wujud dimana mana sebagai
kasih sayang, Parasakti,
ialah dasar, unsur utama atau kesedaran suci, yang mengalir
melalui segala rupa sebagai tenaga, keberadaan, ilmu, dan
ketenangan. Aum.
|
3. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa Siva ialah Tuhan, sifatNya yang wujud dimana mana ialah
Roh Asal, Mahadeva Agung, Parameshvara,
pencipta Veda dan Agama,
pencipta, pelindung dan pemusnah segala kewujudan. Aum.
|
4. |
Penganut Siva semua percaya
kepada Mahadeva Ganesha,
putera Siva Shakti,
yang kita pujaNya dahulu sebelum memulakan apa-apa pemujaan
atau tugasan. Perintah IaNya penuh belas kasihan. Undang undang
IaNya adil. Keadilan ialah minda IaNya. Aum.
|
5. |
Penganut Siva semua percaya
kepada Mahadeva Karttikeya,
putera Siva Sakti, dan Vel IaNya yang penuh rahmat melenyapkan ikatan kejahilan. Pendeta
yogi, duduk bersila and bertafakur pada Murugan.
Sebegitu terkawal, minda yoginya tenang. Aum.
|
6. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa tiap-tiap roh individu dicipta oleh Tuhan Siva dan
menyerupaiNya, serta keserupaan ini akan disedari sepenuhnya
oleh semua roh apabila ikatan anava, karma dan maya dilenyapkan melalui restuNya. Aum.
|
7. |
Penganut Siva semua percaya
pada kewujudan tiga dunia; Alam Nyata ( Bhuloka),
di mana roh berada dalam jasad fizikal; Alam Kayangan ( Antarloka),
di mana roh dalam bentuk jasad halus; dan Alam Kewujudan Asal
( Sivaloka)
di mana roh wujud dalam bentuk cahaya yang abadi. Aum.
|
8. |
Penganut Siva semua percaya
pada hukum karma — bahawa seseorang itu wajib menanggung
akibat daripada setiap perbuatannya — dan setiap roh
akan lahir kembali sehingga semua karma dibereskan dan moksha,
kebebasan abadi dicapai. Aum.
|
9. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa mengamalkan charya, kehidupan mulia, kriya, sembahyang
di kuil, dan yoga, yang membawanya ke Parasiva melalui restu
daripada satguru yang masih hidup, amat perlu untuk mencapai jnana,
kebijaksanaan. Aum.
|
10. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa pada dasarnya tidak ada kuasa kejahatan. Jahatan tidak
ada punca, melainkan punca kejahatan ialah kejahilan. Penganut
Siva ialah dengan benar penuh belas kasihan dalam pengetahuan
bahawa akhirnya tidak ada baik atau jahat. Semuanya ialah
Kehendak Tuhan. Aum
|
11. |
Penganut Siva semua percaya
bahawa agama ialah kerjasamaan berharmoni di antara ketiga-tiga
alam dan keharmonian ini boleh diwujudkan melalui penyembahan
di kuil, di mana makluk dari ketiga-tiga alam dapat berkomunikasi.
Aum.
|
12. |
Penganut Siva semua percaya
pada Mantra Panchakshara, lima suku kata ungkapan suci “ Nama
Sivaya,” dan inilah mantra Saivisme yang paling agung dan terpenting. Rahsia Nama Sivaya boleh
disedar kalau dengar dari mulut yang benar pada waktu yang
betul. Aum.
|
Pengakuan
Tentang Kepercayaan
Tuhan
Siva ialah Kewujudan Kasih Sayang
dan Menjangkaui Hakikat

Anbe
Sivamayam, Satyame Parasivam.
|
itRn5 |
EditRe gion10EditRe
gion10 |
EditReg
ion7
|
|
|
EditR
Pancha Nitya Karma
"Panca Nitya Karma" bermaksud lima tugas asas. Ini ialah
kewajipan agama yang tradisional yang apabila diamalkan akan membawa
seseorang mendekati Tuhan Siva yang Agung dan memenuhi kewajipan
asas yang perlu dipenuhi terhadap agama dan diri sendiri. Berikut
ialah senarai kewajipan tersebut.
1. |
Upasana: Penyembahan di bilik puja di rumah dan di kuil
Anak-anak yang disayangi diajar untuk bersembayang
di tempat pemujaaan di rumah - upacara amal, tatatertib, dikir
agama, yoga dan pembelajaran agama. Mereka belajar berdikari
dengan berbakti di rumah dan kuil, memakai pakaian tradisional,
ke arah melahirkan rasa sayang akan Tuhan dan meyediakan minda
untuk bertakafur.
|
2. |
Utsava: Hari Suci
Anak-anak yang disayangi diajar untuk mengambil
bahagian dalam perayaan dan hari suci di rumah dan kuil. Mereka
belajar menjadi kanak-kanak ceria melalui perhubungan yang
suci dengan Tuhan pada perayaan yang mulia ini. Amalan pada
hari suci ini, termasuklah berpuasa dan menziarahi kuil pada
hari Isnin atau Jumaat dan hari-hari suci yang lain.
|
3. |
Dharma: Kehidupan yang Mulia
Anak-anak yang disayangi diajar untuk hidup
menjalani kehidupan yang penuh bertanggungjawab dan bertatatertib
mulia. Mereka belajar menjadi tidak mementingkan diri dengan
memberikan keutamaan kepada orang lain dahulu, menghormati
ibubapa, mereka yang lebih tua, dan para pendita, mengamalkan
hukum Tuhan terutamanya " ahimsa"
iaitu tidak memudaratkan orang lain sama ada secara mental,
emosi atau perbuatan. Dengan ini, mereka dapat menebus karma.
|
4. |
Tirthayatrai: Ziarah
Anak-anak yang disayangi, diajar untuk menghargai
nilai penziarahan dan mereka dibawa sekurang-sekurangnya sekali
dalam setahun untuk menziarahi tempat-tempat suci, kuil, dan
orang mulia, yang dekat atau jauh. Dengan ini, mereka belajar
mengalpakan hal-hal duniawi dan menjadikan Tuhan dan para guru sebagai tumpuan utama semasa penziarahan suci ini.
|
5. |
Samskara: Upacara Suci
Anak-anak yang disayangi diajar mengamalkan upacara
suci yang menandakan dan menyucikan perjalanan hidup mereka.
Mereka belajar menjadi tradisional dengan merayakan upacara-upacara
suci, termasuk upacara kelahiran, suapan pertama, menindih telinga,
pembelajaran pertama, upacara menjadi baligh, perkahwinan dan
kematian. |
Yama dan Niyama
Yama
dan Niyama ialah amalan moral dan etika yang asas bagi membentuk
dasar kehidupan Saiva dan memastikan kemajuan diri, menghapuskan
karma, kejayaan dalam tafakur dan kehidupan yang harmoni untuk seseorang,
hubungannya dengan orang lain dan alam dalaman, dan membawanya kepada
Tuhan-Diri, kemuliaan asas kita.
Sepuluh
Larangan - Yama
1. |
Ahimsa: jangan mudaratkan orang lain sama ada melalui pemikiran, perkataan
atau perbuatan.
|
2. |
Satya: elakkan diri daripada berbohong atau mengkhianati janji.
|
3. |
Asteya,
jangan curi, ingini kepunyaan orang lain atau berhutang.
|
4. |
Brahmacharya: kawal nafsu dengan menjaga kesucian diri sebelum berkahwin,
lalu setia dalam perkahwinan.
|
5. |
Kshama: kawal diri daripada keadaan tidak boleh bertoleransi dengan
orang lain dan ketidaksabaran dengan situasi.
|
6. |
Dhriti: atasi masalah ketiadaan ketabahan, perasaan takut, keadaan
tidak dapat membuat keputusan dan sifat yang berubah-ubah.
|
7. |
Daya: atasi kekejaman, tidak prihatin terhadap penderitaan orang
lain dan perasaan tidak sensitif terhadap semua hidupan.
|
8. |
Arjava: elakkan penipuan dan perbuatan yang salah.
|
9. |
Mitahara: jangan makan terlalu banyak dan elakkan makan daging, ikan,
ayam atau telur.
|
10. |
Saucha: elakkan ketidaksucian dalam badan, minda dan kata-kata.
|
Sepuluh Amalan - Niyama
1. |
Hri: hidup sederhana dan tunjukkan rasa malu terhadap perbuatan
yang salah.
|
2. |
Santosha: cari kegembiraan dan ketenangan dalam hidup.
|
3. |
Dana: derma dan beri dengan kreatif tanpa mengharapkan balasan.
|
4. |
Astikya: percaya dengan teguh akan Tuhan, Tuhan-tuhan,
guru dan jalan ke arah kesedaran.
|
5. |
Isvarapujana: suburkan bakti melalui puja dan tafakur setiap hari.
|
6. |
Siddhanta
sravana: bacalah ajaran agama dan dengarlah kata-kata
para cendekiawan dalam warisan kita.
|
7. |
Mathi: bangunkan semangat dan intelek spiritual dengan bimbingan
daripada seorang guru.
|
8. |
Vrata: penuhi ikrar suci, peraturan dan amalan keagamaan dengan jujur.
|
9. |
Japa: lafazkan mantra suci setiap hari.
|
10. |
Tapa: buatlah sadhana, penebusan
dosa, tapa dan pengorbanan.
|
|
egion8 EditRegion5 |
|
|
EditRe
Pengenalan
Penulis
Satguru Sivaya Subramuniyaswami [1927-2001]
Gurudeva
telah dilahirkan di California dan mempersemadikan dirinya sebagai
pendita ( sannyas)
pada tahun 1949. Dia telah ditabalkan sebagai pendita oleh Satguru
Yogaswami (1872-1964) dimana beliau adalah mahaguru di Sri Lanka.
Gurudeva adalah pengasas kepada zaman pembaharuan Agama Hindu moden
dan satguru kepada 2.5 juta penganut Agama Hindu Saiva yang berbahasa Tamil. Gurudeva telah menubuhkan satu organisasi Hindu dan kuil/candi
yang pertama di Amerika. Beliau juga telah mengasaskan majallah
'Hinduism Today'. Gurudeva juga telah menubuhkan satu-satunya pusat
pendidikan pendita ( aadheenam)
di Amerika, malah gurudeva juga telah mendirikan satu-satunya kuil
Tuhan Siva yang diperbuat daripada batu-bata sahaja dibarat di kepulauan
Kauai, Hawaii. Sebelum kemangkatan gurudeva, gurudeva telah memilih
Satguru Bodhinatha Veylanswami sebagai penggantinya dan guru kepada
'Saiva Siddhanta Yoga Order' dan Keturunan Kailasa. Ringkasan ini
telah dipetik daripada buku trilogi 'Master Course' dimana ia adalah
buku pengajaran falsafah Hindu, kebudayaan dan metafisiologi yang
merangkumi 365 pelajaran harian. Sila lamani www.gurudeva.org. |
Laman
ini diterjemahkan dari tulisan asal yang berbahasa Inggeris kepada Bahasa
Indonesia/Malaysia
oleh Sukumaran Apparu sebagai
dedikasi kepada Satguru Sivaya Subramuniyaswami
dan generasi Hindu kini dan akan datang di Nusantara Melayu.gion9
EditReg
ion4 |
|
|
|
|